Pages

17 September 2010

"biar papa asal bergaya" adalah ungkapan melayu bodoh!

"biar papa asal bergaya" adalah ungkapan melayu bodoh!

Sebelum saya meneruskan post ini saya kena minta maaf lah dulu. Ini kerana pasti ada kawan dan saudara saya yang akan rasa terguris hati membaca post ini. Tapi niat saya hanyalah untuk menyampaikan nasihat bukannya hendak mengutuk. Bapa saya sering mengatakan sewaktu saya masih kecil lagi, "kalau orang paloi, kitani jangan buat paloi jua" terjemaahan: "kalau orang lain buat bodoh, kita jangan buat bodoh juga"

Apa yang saya rasa tak kena ialah, tabiat kitani orang Brunei yang suka berhutang kerana untuk bergaya ataupun untuk show off hingga lupakan diri. Ada yang pasti mengatakan yang ini hal dia orang so apa saya peduli. Okay, tapi apahal pula kalau dia orang ini menyusahkan kita pulak? Bila time hendak pinjam wang dengan kita, nampakan pula muka seposen dengan air mata sedih ngalahkan pelakon zaman P Ramlee dulu. tapi bila time kita tanyakan bila nak bayar balik, seribu dalih pula yang diberikan sampai ada yang ngatakan kita pula.

Saya harap saudara, cousin cousin saya yang baca post ini harap fahamlah buanglah sikap berhutang untuk bergaya. Yang saya lihat inilah tabiat paloi yang patut kitani kikis. Harap yang terkena pedas cili padi ini taulah sendiri untuk mengubah sikap ini. Di bawah ini saya senaraikan tabiat-tabiat yang saya temui and unfortunately yang buat pun ada yang saudara saya sendiri:

1. Pinjam wang untuk beli kereta mewah tapi gaji tak cukup untuk beri makan anak sendiri- tabiat paloi
2. Pinjam wang untuk naik haji tapi hutang-piutang saudaranya tak pernah dijelaskan- niat bagus tapi tabiat masih jua paloi
3. Pinjam wang untuk holiday- another tabiat paloi
4. Mau kawin baru tapi anak dari isteri awal masih terbiar sampai ada yang melakukan jenayah- yang ini bapanya paling paloi
5. Mau kawin lavish nak nampakan status so pinjam duit sana sini. Sampai anak sudah besar-besar pun hutang belum dijelaskan. Tabiat paloi!

Dibawah ini saya senaraikan tabiat berhutang yang berakal:

1. Pinjam wang untuk beli tanah atau pun buat rumah
2. Pinjam wang untuk membuat perkara yang berkebajikan seperti membantu membayar kos perubatan ayah atau ibu yang sakit.

So, ingatlah ungkapan "biar papa asal bergaya" adalah ungkapan melayu paling bodoh!


Sent from my iPad

No comments: